Blue Light Protection Serum

Halaman Utama /Semua Peranti/ Blue Light Protection Serum

hero image

    Melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya biru

    Telefon pintar, komputer riba dan skrin televisyen ialah elemen dalam kehidupan seharian kita. Telah lama diketahui bahawa masa skrin yang terlalu lama boleh merosakkan mata kita. Tetapi tahukah anda bahawa peranti media juga mengeluarkan cahaya biru, yang menyebabkan kulit menjadi lebih cepat tua? Cahaya tersebut menembusi lapisan kulit yang paling dalam lalu merosakkan sel, sekali gus menggalakkan pembentukan kedutan, bintik pigmen dan kulit kering. Serum Pelindung Cahaya Biru dirumus untuk mengatasi kesan negatif masa skrin dan melindungi kulit daripada radiasi. Serum direka untuk menambah simpanan lembapan kulit dan memastikan anda kelihatan muda untuk tempoh yang panjang.

    Formula perlindungan

    Dengan teksturnya yang ringan dan lembut bak sutera, serum ini cepat meresap ke dalam kulit. Mempunyai bau yang menyenangkan dan tidak begitu kuat yang pasti akan menenangkan deria anda. Malachite melindungi kulit daripada pengaruh persekitaran, dan juga bertindak sebagai antioksidan. Ginseng mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang bagus. Serum ini juga mengandungi laminaria digitata yang lebih dikenali sebagai kelp, untuk melindungi kulit daripada pengaruh luaran. Gunakan serum dua kali sehari untuk hasil terbaik. Anda perku sentiasa menggunakan pelindung matahari untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV.

    Ketahui lebih lanjut tentang bahan aktif:

    Malachite

    Melindungi kulit daripada pengaruh persekitaran dan juga bertindak sebagai antioksidan.

    Ginseng

    Mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang bagus.

    Laminaria digitata (kelp)

    Melindungi kulit daripada pengaruh luaran.

    Belilah sekarang untuk memanjakan kulit anda dengan produk penjagaan kulit terbaik yang menyokong rutin penjagaan kulit terperibadi yang dicipta khas oleh Apl GESKE Beauty.
    • Line

      GESKE

    AQUA, BUTYLENE GLYCOL, GLYCERIN, ECTOIN, LAMINARIA DIGITATA EXTRACT, MALACHITE EXTRACT, SODIUM COCOYL GLUTAMATE, TROPAEOLUM MAJUS FLOWER/LEAF/STEM EXTRACT, WITHANIA SOMNIFERA ROOT EXTRACT, 1,2-HEXANEDIOL, PHENYLPROPANOL, PROPANEDIOL, CARRAGEENAN, GLYCERYL CAPRYLATE, POLYGLYCERYL-6 OLEATE, SODIUM SURFACTIN, CAPRYLYL GLYCOL, CAPRYLYL/CAPRYL GLUCOSIDE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, FRUCTOSE, SODIUM CHLORIDE, SODIUM SULFATE, CITRIC ACID, PHENOXYETHANOL, POTASSIUM SORBATE, PARFUM, CI 42090.

    Ulasan Pelanggan

    Tinggalkan Ulasan Pertama Anda

    Jadilah orang pertama berkongsi pendapat dan pandangan anda tentang produk ini!