Pilih bahasa yang anda mahu guna untuk melayari laman ini

      Pilih negara. Ini mempengaruhi mata wang bil, ketersediaan barang, harga dan pilihan penghantaran

        Magnetic Cleansing Mask

        Halaman Utama /Semua Peranti/ Magnetic Cleansing Mask

        hero image

          Serlahkan kulit sempurna yang menakjubkan

          Magnetic Cleansing Mask kami dipertingkatkan dengan hebat berbanding topeng muka klasik! Gunakan bersama Touchless Magnetic Peeling Mask | 5 dalam 1 untuk pengalaman memakai topeng ajaib yang mudah dan bersih serta menjadikan pori anda bebas daripada kotoran dan sebum berlebihan agar kelihatan berseri bak bidadari. Tidak perlu lagi mengotorkan tangan dan membazirkan produk - zarah topeng yang bermagnetik tinggi, digabungkan dengan Touchless Purifying Peeling Technology kami membolehkan anda menanggalkan topeng dengan mudah. Gunakan spatula Touchless Magnetic Peeling Mask anda untuk memakai topeng dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, tuding hujung spatula pada kulit anda untuk menanggalkan topeng dan menyerlahkan kulit yang sempurna dan berseri-seri! Anda juga boleh menggunakan tuala kertas yang menutupi peranti untuk menanggalkan topeng. Apabila menggunakan hujung peranti secara terus, pastikan anda lap dengan tuala kertas pada selang masa yang tetap sebelum meneruskan penanggalan topeng dengan cekap.

          Membersih dan merawat dengan Vitamin E dan C

          Formula unik yang terdiri daripada zarah bermagnetik tinggi dan vitamin C serta E menawarkan penjagaan kulit yang mewah. Topeng ini membantu menjana semula perisai kulit dan mencerahkan bintik pigmentasi, selain menanggalkan kotoran dan sisa daripada pori-pori hasil daripada zarah bermagnetik tinggi. Hasilnya: kulit wajah berseri-seri, halus dan awet muda.

          Ketahui lebih lanjut tentang bahan aktif:

          Vitamin E

          Menguatkan perisai pelindung semula jadi kulit, meningkatkan daya tahan, dan membantu menjadikan kulit bersih dan segar.

          Zarah Bermagnetik Tinggi

          Mengeluarkan kotoran dan sebum yang berlebihan daripada pori-pori, merangsang peredaran darah, dan memastikan tona kulit wajah sekata.

          Vitamin C

          Menyerlahkan kulit yang sihat dan tona yang sekata hasil daripada kesan antioksida di samping mengatasi masalah bintik pigmentasi, kekotoran dan kedutan

          Belilah sekarang untuk memanjakan kulit anda dengan produk penjagaan kulit terbaik yang menyokong rutin penjagaan kulit terperibadi yang dicipta khas oleh Apl GESKE Beauty.
          • Line

            GESKE

          IRON POWDER, AQUA, COCONUT ALKANES, ZEA MAYS STARCH, GLYCERIN, CETYL PEG/PPG-10/1 DIMETHICONE, DISTARCH PHOSPHATE, DISTEARDIMONIUM HECTORITE, CAPRYLIC/CAPRIC GLYCERIDES, ETHYLHEXYL STEARATE, POLYGLYCERYL-4 LAURATE/SUCCINATE, C12-15 ALKYL BENZOATE, ASCORBYL PALMITATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, MICA, SODIUM CHLORIDE, TOCOPHEROL, PHENOXYETHANOL, PARFUM, CI 77491, CI 77891.

          Ulasan Pelanggan

          Tinggalkan Ulasan Pertama Anda

          Jadilah orang pertama berkongsi pendapat dan pandangan anda tentang produk ini!